Music Player

Sunday 7 February 2016

The pursuit of happyness

Semalam hubby aku ajak tengok cerita yang dia download...die ckp lakonan Will Smith..Aku nih lebih kenal Will Smith sebagai pelakon cerita komedi..Bile hubby aku ckp tentang cerita sedih,terus malas nk tengok huhu...aku xmo sedih2 sepanjang tempoh bercuti nih..Tapi hubby aku bukak jugak...daripada xlayan sampailah aku menghayati cerita nih..memang sedih nokkk :(

Filem tahun 2006 nih yang dilakonkan oleh Will Smith sebagai Chris Gardner adalah salah satu kisah benar mengenai Chris yang berusaha selama setahun dan pernah menjadi gelandangan bersama anaknye, christopher Jr Lakonan anak Will Smith, Jaden smith..



Kisah bermula pada tahun 1981,di san francisco apabila Chris membuat pelaburan untuk menjual pengimbas tulang mudah alih yang akan dijual di hospital-hospital..Tapi penjualan mesin tuh xmemuaskan dan menyebabkan keluarga dorg kesempitan duit..Satu hari masa die tengah nak menjual mesin pengimbas tuh,Chris berjumpa dengan Jay Twistle,yang bekerja di Dean Witter Reynold sebagai pengurus.Chris cube untuk menarik perhatian Jay untuk membeli mesinnya dengan menyelesaikan kiub Rubik sepanjang dalam teksi..Tapi Jay hanya berminat dengan kebolehan Chris menyelesaikan rubik tersebut..Chris terpaksa membayar tambang teksi tersebut tapi sebab Chris xde duit so Chris lari dari membayar tambang teksi sampai ke stesen keretapi dan menyebabkan dia tertinggal mesin tuh kat sane...



Tapi mase jumpe Jay tuh dia dapat tahu ada intebiu untuk intership..Naseb malang Chris berlanjutan apabila Chris ditahan polis selama 24jam sebab tak bayar saman parking menyebabkan Chris terpakse pergi intebiu kerja pakai jeans,baju tshirt dan sweater..dengan muka yang penuh cat sebab semalamnye Chris mengecat rumah untuk tangguhkan masa Chris dipaksa keluar dari rumah sewanya sebab ada tunggakan..Akhirnya Chris diterima untuk menjadik intern tapi xtau yang dia perlu menjalani program intership selama 6bulan tanpa gaji..Isteri Chris, Linda (Thandie Newton) kecewa lalu meninggalkan Chris dan anaknya untuk bekerja di New York..



Yang nih babak yang sangat sedih..bila Chris dengan anak 
die kene halau keluar dari motel sebab tak bayar sewa motel...
Anak pulak penat seharian ikot bapa dier menjual 
mesin pengimbas...Akhirnya Chris bermain imiginasi 
dgn anaknya tentang mesin masa dan menganggap 
tandas sebagai gua di zaman dinasor :(


Yang nih babak mase Chris nak pergi kerja..
Di dalam tempat gelandangan..Setiap hari Chris 
dengan anaknye berkejar nak berebut tempat perlindungan 
gelandangan untuk bagi keselesaan pada Chris junior

Sepanjang Chris menjalani program intership untuk jadik broker,macam-macam yang Chris lalui...pernah berebut tempat beratur dari pukol 5 petang untuk dapat tempat di rumah gelandangan bersama anaknya,pernah tidur dalam tandas selepas dihalau dari motel,duit dari akaun bank dipotong untuk bayar cukai sampai Chris betul-betul terdesak...Atas usaha gigih Chris berhasil apabila diterima bekerja sebagai broker sehingga akhirnya Chris berjaya membuka firma sendirik yang dinamakan Gardner Rich pada tahun 1987..Dan Chris menjual sejumlah kecil sahamnya dan mendapat multi million dollar pada tahun 2006...pada penghujung filem nih chris yang sebenar lalu dengan pakai kot...


Nih babak sedih Chris bile diberitahu yang die diterima bekerja selepas 6bulan intership sebagai broker..Chris jugak pakai kemeja baru sebagai mengingati itu adalah hari terkhirnye bekerja..Chris bekerja kurang berbanding semua orang disebabkan oleh faktor nak berebut tempat di rumah perlindungan dan menjual mesin pengimbas tapi Chris bijak menggunakan masanye dan berjaya menarik ramai potential customer dengan kebijaksanaan nya bertutur


Chris Gardner yang sebenar

Cerita nih memang aku rase boleh bagi 5 Bintang sebab mengisahkan betapa strugglenye hidup untuk berjaya..Walau macam-macam dugaan yang dihadapi,die cube untuk atasi sebaik mungkin hingga sekarang dah menjadik seorang yang kaya raya..Cerita ini memotivasi kan aku untuk terus berjaya...Mungkin sekarang nih aku agak susah tapi rasenye ada orang yang lagi susah..Sekurang-kurangnya aku masih ada rumah untuk berteduh bukan menjadik gelandangan bersama keluarga...Xtaula samada aku akan kuat macam Chris kalo sampai hidup melarat macam nih..Nothing is impossible..Don't Give up...Bukan mudah untuk menjadik senang..Tak semua orang boleh kaya sekelip mata..Usaha yang penting..Jangan cepat mengalah..Jangan mudah melatah bila Allah jentik kesusahan pada diri kita...Kesungguhan dan tawakal kene seiring..InsyaAllah pasti kita akan berjaya..amin :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...