Semalam,17 mei...rutin biase bawak jualan naek tren ngan bas..mmg dah menjadik kebiasaan aku setiap weekdays...Entah apelah naseb aku pagi semalam,masa nk twon bas..kaki da twon kat jalan..entah camne kaki lagi sebelah tak lepas plak...unbalance plak mungkin sebab aku bawak barang banyak dan keaadaan bas yang seal bahagian tepi tangga tuh menyebabkan ruang tangga tuh sempit..
sebab dah datang keje,aku pon bertahan jerkla smpi balik keje...berdenyut2 la jugak kaki aku tahan saket..tgk makin lama makin bengkak kaki aku...aduhaiii ape2 jerkla nk jadik kan bulan nih..rengsa betol...klinik depan opis aku advice aku g Xray..tapi tgk xbiru pon kaki aku nih...so macam ok jerk kot..
tgkler dah macam belon dah kaki aku huhu
harinih mengadap plak klinik ke2 memandangkan kaki aku nih still lagi saket walau bengkak dah makin surut...dokter diagnos yang mgkin ligamen koyak...tapi ape2 pon die suruh rehat dulu dan jangan banyak bergerak...yang jangan banyak bergerak tuh aku susah nk caye kat diri sendirik sebab aku mmg xleh dok diam huhu
ini antara tips yang aku cedok dr website mane entah untuk menangani masalah buku lali bengkak nih..memandangkan kaki yang tak mengizinkan,aku xsempat nk edit ape2 lagi...nanti ade kesempatan laen aku edit huhu..aku tepek dulu buat reminder kat diri sendirik :P
Tips jika mengalami bengkak buku lali
1. Gunakan konsep RICE bagi mengurangkan bengkak dan seterusnya mengurangkan sakit dibahagian yang tercedera:
R - rest - Pesakit haruslah merehatkan buku lali daripada terlibat dengan aktiviti yang lasak sehingga sakit dan bengkak menjadi reda
I - Ice - Ketika merehatkan buku lali..pesakit boleh menggunakan ais bagi mengurangkan kesakitan dan mengecutkan bengkak tersebut. Ais boleh diletakkan di bahagian yang sakit selama 15 atau 20 minit
C - compression - ketika atau selepas meletakkan ais , pesakit boleh 'menekan' atau compress di bahagian yang bengkak tersebut dengan menggunakan 'bandage' yang dibalut di bahagian bengkak tersebut
E - elevation - Kemudian, rehatkan bahagian yang bengkak tersebut di atas bantal yang tinggi sedikit dari paras jantung
2. Gunakan tongkat bagi mengurangkan stress dan tekanan kepada buku lali yang tercedera
3. Mobilization exercise atau dipanggil circulatory exercise, pesakit hanya perlu menggerakkan buku lali ke atas dan kebawah dengan 3 sets , 10 kali ulangan setiap set, dan tahan selama 3 saat bagi setiap pergerakan. Senaman ini penting bagi mengurangkan bengkak serta mempercepatkan lagi proses pemulihan
Sumber : physiosense