Dua minggu sebelum nak raya,aku dikejutkan dengan abah terpijak kulit durian..dek kerana ada kencing manis,jari kaki dah menghitam..Puas kami adik beradik pujuk abah untuk ke hospital tapi tetap berdegil...Dalam seminggu lepas tuh,bengkak menghitam naek ke buku lali...Masih lagi kami adik beradik paksa abah untuk ke hospital tapi xtau la kenapa degilla sgt bapak aku nih...still lagi ckp kaki die ok lagi..Siap cakap still boleh main bola sepak???!!Bila menghitam sampai ke betis kiteorg dah surrender nak paksa..nanti kene marah lagi huhu
Akhirnya pada 1julai 2016,Akhirnya abah menyerah kalah...mungkin dah terlalu saket sampai tak tertanggung...Abah masuk ke KPJ Taiping selama seminggu..Kene buang 3jari kaki dan buang sebahagian betis...Atas kedegilan sendiri,saket melarat dan makin teruk..Tapi nak buat macamana kan....mgkin kite tua nanti pon sama jerk perangai huhu
Selepas keluar hospital,dokter sana memperkenalkan rawatan terapi oksigen yang xbanyak ada di Malaysia...Jadi keesokan harinya,jatuh pada raya ke3 (8julai 2016),abah memulakan rawatan di Terapi Hyperbaric di Pulau Pinang..Masa nih kiteorg baru smpi awal pagi so mmg xdapat nak teman abah g sana..Kebetulan masa abah pegi nih ade promotion harga..Memang agak pricey nak berubat dkat sini..Perubatan sehari RM500..kene buat sebanyak 40kali..so kira total sepatutnya 20K...Wowwww pening kepala nak bayar hahaaha..Tapi skrg katenye promotion tggal RM190 sehari..Tapi xpasti selama mana promotion ongoing
** pic dikebas dari FB adik aku huhu
Ramai yang belum tahu akan rawatan hyperbaric oksigen nih..Hyperbaric Oksigen Theraphy atau singkatan HBOT melibatkan mekanisma “hyper” (tinggi) dan “baric” (tekanan udara), iaitu aplikasi oksigen sebagai sebagai agen terapeutik….Ia satu kaedah pemulihan di mana para pesakit bernafas di dalam oksigen tulen 100% pada tekanan dan dilakukan di dalam ‘pressurized hyperbaric chamber’. Di dalam tekanan yang tinggi, gas oksigen mampu menembusi ke dalam bahagian badan yang mengalami kekurangan oksigen. Kesannya, sejumlah besar gas oksigen mampu dilarutkan ke dalam darah dan tisu di mana ia akan meningkatkan kadar metabolisme badan dan memperbaiki tisu-tisu yang cedera/rosak akibat penyakit atau kecederaan.
Oleh sebab abah mempunyai luka yang teruk dan bahagian isi daging yang memang banyak xde (paham-paham jerkla org kencing manis macamana seriusnya isi kaki kene buang...xberani nak upload pic kaki abah)...jadik memang sesuai untuk abah berubat dekat sini..xpela kos perubatan kiteorg akan cuba usahakan huhu
abah akan dimasukkan dalam "pesawat" nih untuk sedut oksigen selama 1jam..sedut sejam kemudian rehat 20min lepas tuh sambung lagi 1jam..Dekat centre nih jugak sebelum memulakan sesi rawatan..kaki abah kene dressing dulu untuk elakkan dari bernanah...dalam pesawat nih kene tggu semua pesakit memenuhi ruangan chamber sebelum memulakan sesi...Lepas rawatan tanya jugak abah apa yang dia rase masa masuk flight (hahaha melawak ngan abah g terbang kononnya),abah cakap dia rasa telinga berdengung jerk sedut oksigen tuh..kadang-kadang boleh rasa nak pitam..mgkin sebab sedut gas oksigen 100% dan sebab tekanan yang tinggi dalam chamber tuh
Rawatan hanya pagi jerk..9pagi ke 12tghari..cian jugak kat 2 adik beradik ngan mak tiri kene bergilir hantar abah ke penang selama 40hari rawatan..Tapi nak buat macamana,kami pon jauh,cuti pon makin sket..InsyaAllah mggu depan kiteorg balik eh :)
Skrg dah semggu abah buat rawatan tuh..dah nampak ade kesan pembaikan sket kakinya..Dah nampak merah2 kat bahgian luka/isi daging kat kaki abah...semoga abah cepat sembuh hendaknye..Semoga Allah perkenankan doa kami adik beradik..amin :)..kalau nak tau lebih lanjut tentang rawatan nih bolehla refer ke laman web http://healingchambers.com.my/
No comments:
Post a Comment