Hari sabtu nih da stat nak niaga..Biasenye untuk lasagna kiteorg buat frozen dulu..mase hari nak niaga baru bakar..So aku sharekan cara-cara nak buat homemade lasagna..Yang kiteorg jual sekarang ialah lasagna daging..
Bahan-bahan asas
Pasta Lasagna
Daun Pasrsley
Mozarella
Parmesan
Bahan-bahan untuk sos merah
Daging/ayam kisar (400gram)
Tomoto puree (220 gram)
Bawang besar (1 biji didadukan)
Oregano (1 tsp)
Lada Hitam (1 tsp)
Stok ayam (serbuk) (1 tsp)
Gula Perang (1 tsp)
Bahan-bahan untuk Sos Putih
Susu Full cream (350 gram)
Tepung Gandum (1 tsp)
Cheddar (2 keping)
Mentega / Marjerin ( 1 tsp)
Cara-cara untuk buat sos merah
Tumiskan bawang kemudian masukkan daging/ayam kisar..
Biar sampai bertukar warna
Masukkan tomato puree dan gaul bagi sekata
masukkan oregano,lada hitam,serbuk stok ayam,gula perang..
Bila sos merah da pecah minyak boleh tutup api
Cara-cara buat sos putih
masukkan susu full krim dan marjerin dalam periuk..
Api perlahan (susu tuh kebetulan last kopek xckop 1gram huhu)
Bancuh tepung gandum dengan air sket
Masukkan cheddar..kacau sampai jadik pekat
Dah siap sos putih dan sos merah,mule la melasagnakan lasagna kite hahaha (ape nye bahase nih??)..First layer letakkan sket jerk sos merah..buat nk lekatkan lasagna..Layer kedue layerkan dengan pasta..layer ke3 masukkan sos merah..ratakan sos merah..Layer ke4 masukkan sos putih..atas sos putih letak kepingan pasta..Ulang langkah semua ikut turutan sampaila bahagian atas sekali sos putih..sori mmg xsempat nak amek gambo tang melayer nih..xde photographer nak amek gambo hahaha...
Topping atas taburkan dengan parmesan,
mozarella dan parsley (sebelum dibakar)
Bakar pada suhu 180c selama 45min
tarra..siap dibakar..nampak yummy kan huhu
(ps:- Nih pic lasagna yang lame..sebelum serius nk buat niaga huhu)
Tryla buat yerk
No comments:
Post a Comment