Music Player

Thursday 18 February 2016

hebatnya seorang ibu..

harinih hari ke4 keje...sekarang still lagi buddy sebab system revoked...so far okla sebab xjawab call lagi..tapi paling xbest bile susu badan semakin merundum..tapi bukan la merosot giler-giler tapi still lagi nampak ade penyusutan disitu..hadoiiila xske betol perasaan nih...ibu memang target nak menyusukan Aisy selama 2tahun...3 anak ibu sume xsempat sampai 2 tahun..Nih belum stat koje dah merundum..inikan plak kalo dah stat nanti..namooooo :(


Pagi nih dapatla 8 onz...tapi masuk tengahari ngan petang terus drop jadik 5onz..kadang-kadang ade hari 4onz...xtau la macamne nak handle stress nih...makin hari makin stress nih..homai menakutkan..nanti xsmpi umur 40an aku da kene drh tinggi...Aku pernah terbaca tentang betapa pentingnye seorg ibu untuk menyusukan anak-anaknye sehingga usia 2tahun..seperti sabda Rasullulah S.A.W

” Dan tidak ada seorang pun perempuan yang hamil dari suaminya, kecuali ia berada dalam naungan Allah azza wa jalla, sampai ia merasakan sakit kerana melahirkan, dan setiap rasa sakit yang ia rasakan pahalanya seperti memerdekakan seorang hamba  yang mukmin. Jika ia telah melahirkan anaknya dan menyusuinya, maka tak ada setitis pun air susu yang dihisap oleh anaknya kecuali ia akan menjadi cahaya yang memancar di hadapannya kelak di hari kiamat, yang menakjubkan setiap orang yang melihatnya dari umat terdahulu hingga yang kemudian. Selain itu ia dicatat sebagai seorang yang berpuasa, dan sekiranya puasa itu tanpa berbuka nescaya pahalanya dicatat seperti pahala puasa dan qiyamullail sepanjang masa. Ketika ia menyapih (cerai susu) anaknya Allah Yang Maha Agung sebutan-Nya berfirman: ‘Wahai perempuan, Aku telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu, maka perbaruilah amalmu.”

(Mustadrak Al-Wasail 2: bab 47, hlmn 623)

Begitu mulianya seorang ibu yang menyusukan anak nya dan betapa besarnya pahala yang Allah kurniakan kepada ibu yang menyusui anak-anaknya..seorang ibu WAJIB menyusukan anaknya jika dia berkemampuan (mampu hasilkan susu) dan adalah berdosa besar jika si ibu sengaja tidak mahu menyusukan anaknya sehingga cukup 2 tahun tanpa alasan.Jadik bagi ibu-ibu yang memang berniat untuk menyusukan anak-anak mereka,janganlah korg rase rendah diri...bukan semua yang terpilih untuk menyusukan anak-anak smpi 2 tahun..aku sendirik pon pernah mengalaminye...sedih bile tgk susu badan semakin kering,tambahan bagi seorg ibu yang bekerja macam aku

Malah dalam riwayat lain ada diceritakan dengan terperinci bahawa salah satu seksa kubur adalah wanita yang sengaja tidak mahu menyusukan anaknya. Dalam hadis terdahulu ada disebutkan Rasulullah S.A.W. bersabda

“Lalu dia mengajakku pergi dan aku mendapati kaum wanita yang dipikul payudaranya. Aku bertanya, “Ada apa dengan mereka?”. Ia menjawab, “Mereka adalah wanita-wanita yang tidak mahu menyusukan anaknya”.

Subhanallah daripada hadis-hadis yang terdahulu pon jelas memaparkan betapa pentingnye penyusuan ibu..hadis-hadis diatas nih memotivasikan aku untuk teruskan perjuangan penyusuan ibu nih..Sesungguhnya ciptaan Allah tuh Maha hebat..Penyusuan ibu banyak khasiatnya pada bayi...Antaranya :-


Ok lepas nih tanamkan azam..berpikiran positif...semua untuk anak ibu aisy..Tapi kepada ibu-ibu di luar yang ada masalah untuk menyusukan anak-anak,jangan la sedih...aku faham sgt perasaan korg..Aku xmo terlalu jadik Pro BF dan terus menerus condemn ibu yang berikan anak mereka susu formula..tidak semua yang mempunyai naseb yang serupa..bukan mereka sengaja untuk tidak menyusui anak mereka tapi mereka mempunyai masalah dalaman yang menyebabkan mereka gagal untuk bf anak...aku xberapa berkenan bila ada yang terus jatuh hukum pada mereka...Fahamila mereka atau senang baik diam kalau xsuke...masing-masing ada pendapat dan masalah sendirik..

Eh??dah kenapa plak melalut plak nih hahaha...ngantuk sebenarnye..badan penat hari-hari balik lewat..kene berdiri plak tuh..susu plak drop..jadik aku create post nih just buat pembakar semngat aku..Penat cmne pon demi Aisy aku kene teruskan..haishh dah nak stat kelaut da post aku nih..dah bercampur aduk kejap serius,kejap idok..homaiii..tidola miera chan..esok bangun awal lagi nak niaga..ZzzzZZZZZzz








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...