Music Player

Wednesday 27 April 2016

Detik hitam Zara Qistina..

25April,Isnin...Macam biasa aku pegi keja dan suamiku menguruskan hal anak-anak..macam biasa dia akan hantar Qistina ke sekolahnya..Semalam masa aku rehat dalam pukul 1ptg,aku baru baca sms yang hubby aku hantar pagi tadi


Ya Allah akhirnya benda yang aku takutkan terjadi lagi..buat kali ke-4!!!aku memang xsubscribe internet kat Hp jadik aku kene tunggu balik rumah baru boleh tengok keadaan Qis..Ya Allah saketnya hati aku kali ke 4 masih xtau siapa yang buat..betol-betol xpaham...anak dibawah jagaan tadika macamana benda yang sama jadik..makin menjadik-jadik sekarang..

Bila sampai jerk rumah,aku terus belek-belek Qis...menangis aku tengok..aku hantar anak aku sekolah dengan niat dia boleh belajar untuk bergaul dan bercakap memandangkan Qis delayed speech..tapi memang kalau dah jadik macamnih memang aku xboleh biarkan..Aku kene amek tindakan..


pipi Qistina bercakar dan lebam..telinga bahagian
 luar ditikam pensel


dalam telinga Qistina juga ditikam


Saket-saket pon boleh senyum lagi..aduhaii anak


dekat badan pon ada tapi xkuat tusukannya

Apalah salah anak aku smpi dibuat macam nih...bila selalu sangat guna ayat "biasalah budak-budak lagi..Mana tau apa-apa".itu ayat yang pada aku xboleh dipakai..Pernah dengar peribahasa 'melentur buluh biar dari rebungnya"?..kalau umur macam nih xditegah untuk tunjuk mana buruk baik sesuatu tindakan,sampai ke besar la perangai membuli tuh ada..tak hairan la bila ade berita budak darjah satu tuh dibuli untuk mengunting lidah sendiri..walaupon last-last kata tiada unsur buli..logik ker nak mencederakan diri sendiri??kalau terkene sekali mestila rasa saket dan terus stop perlakuan tuh kan??xkan la nk diulang-ulang menyakiti diri sendirik??melainkan ada history penyakit antaranya hyperaktif

Pada aku selagi pokoknya iaitu si pembuli masih tidak dicegah,selagi itu kanak-kanak tersebut masih lagi berada dalam safe zone..Pada aku kanak-kanak seperti itu mungkin lebih terpengaruh dengan pengaruh tv,terlalu dimanjakan sehingga tidak ditegur di rumah oleh ibu bapa atau faktor kurang kasih sayang..wallahualam

Atas dasar rasa tanggungjawab sebagai ibu bapa,aku terpaksa berhentikan Qis dari sekolahnya..Aku xboleh lagi nk slowtalk dengan pihak sekolah..enough is enough...cukupla xlarat aku nk tengok anak aku derita..salah kami jugak sebab paksa Qis masuk sekolah walaupon da 3kali die digigit...Maafkan ibu sayang..Ibu cuma nak Qis belajar jerk..Ibu dah sedar sekarang..mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk Qis..

Kerana kejadian ini,aku telah membuat laporan polis dan ke JKM untuk membuat siasatan atas kejadian yang menimpa Qis..Semoga kejadian ini dijadikan iktibar pada masa akan datang..Kepada ibu bapa diluar sana,kalau perasan perubahan pada anak-anak,macam tibe-tibe xseronok pergi sekolah,better korang pantau..Jangan takut untuk membuat aduan..Bela la nasib anak anda..Macam kes aku,anak aku xboleh bercakap dan mengadu..Korang bayangkan tekanan yang anak aku hadapi setiap hari bila nak pergi sekolah...berbeza sangat2 ketika masa mula-mula masuk sekolah

Aku xsalahkan 100% pada cikgu dan penjaga..Aku faham yang pelajar terlalu ramai dan sukar untuk mereka mengawal satu-satu..Tapi bukanlah alasan untuk sampai tidak ambil tahu siapa yang melakukan perbuatan tersebut...4 kali kot???adohaiiii..at least kalau tahu siapa,educate ibu bapanya..Terangkan kenapa pelajar itu bermasalah..Macam Qis memang die advice untuk ke sekolah khas sbb masalah Qis..itu aku boleh terima..Tapi bagi budak yang membawa masalah hingga mendatangkan kecederaan pelajar lain??salah siapa??


*tetiba rindu Qis masa baby uhukuhuk



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...