Music Player

Thursday 27 October 2016

Kisah Tonsil

Harinih da hari ke-5 aku kene tonsil bengkak..Dengan kata lain da 4hari da aku unpaid..hahahaha berdedikasi x aku keje??padahal bulan 10 pon belum abes lagi..nak wat cane kalo da saket tuh hadap jerkla kan...saket jugak la biler pk unpaid nih...sehari jerk aku kire2 dlm tolak rm120...kalo 4hari?????Ishh isshhh rasenye nk nanges berguling2 pon ada..Tapi alhamdullilah aku ade side job yang boleh tolong aku kaver utk bayar unpaid aku nih...kalo korang nak tau apa yang aku buat,di lain story nanti la yerk adik2 sekalian :P

Ape tuh tonsil?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk -- yang nih ketara kalo aku ckp banyak
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan --- nih rase 50%
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi -- demam seram sejuk adela..demam smpi suhu tggi xdela plak
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan -- harinih baru rase
5. Suara garau atau hilang suara -- nih kadang2 bile aku ckp non-stop
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher -- macam aku rase ade tapi dokter xcheck ler plak
7. Mulut berbau busuk --- macam ade sket uhukuhuk
8. Berdengkur waktu tidur---nih xpasti..kene tanya "jiran sebelah" hahaha


Disebabkan aku nih mmg keje yang kene bercakap byk,last2 terpakse jua la aku amek unpaid..Jgn ditanya mana hilangnye cuti aku hahahaha...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...