Music Player

Friday 16 May 2014

hari berduka

22 mac 2014....hari yang paling sedih bila aku dapat tahu bayi dalam kandungan ku ada masalah...pada malam itu jugak aku terus ke hospital selayang untuk berjumpe pakar...kandungan yg baru berusia 30mggu...doktor pakar sahkan yang bayi menghidap deudenul atresia,kecatatan pada usus..kemungkinan yang lain ialah kecatatan pada jantung dan syndrom down...hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya aku pada ketika itu....walau di depan doktor aku berlagak tenang tapi memang susah untuk aku bayangkan keadaan anak ku selepas lahir....


Walau bagaimana susah pon untuk aku terima hakikat namun aku akan tetap melahirkan bayi istimewa ini..hari nih aku terpaksa di tahan di wad...bukan sebab keadaan bayi tapi kerana tekanan darah yang tinggi..deudenul atresia yang dihidapi oleh bayiku menyebabkan air ketubanku banyak dan menyebabkan pinggang sakit dan susah untuk berjalan dan tidur...doktor pakar bagi cadangan untuk menyedut air ketuban untuk keselesaanku tapi risiko untuk pecah dan beranak awal....atas tuntutan kerja aku terpaksa bersetuju memandangkan keadaan ku yg teruk..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...